Abstract
<jats:p>Manfaat Inai dari Perspektif Al-Tibb al-Nabawi dan Fikah Hadis membawa pembaca menyelami khazanah perubatan Islam berkaitan dengan inai (Lawsonia inermis Linn). Tumbuhan ini digunakan sejak zaman berzaman sebagai pewarna alami, khususnya untuk mengubah warna rambut beruban dan menghiasi jari-jemari pengantin wanita, selain digunakan sebagai bahan rawatan bagi luka ringan. Menurut rekod amalan etnobotani Melayu, daun dan kulit batang inai telah digunakan dalam rawatan berkhatan, meredakan keradangan kulit serta mempercepat penyembuhan luka selepas bersalin. Buku ini mengumpulkan hadis-hadis berkaitan dengan inai serta menganalisisnya dari perspektif fikah hadis, merujuk kepada koleksi Al Kutub al-Sittah dan karya Al-Tibb al-Nabawi oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691-751 H/1292-1350 M). Melalui karya ini, Ibn Qayyim menjelaskan manfaat inai dalam merawat luka akibat terbakar, kudis, sakit kepala, sakit kaki, seriawan dan kusta. Selain itu, buku ini turut membincangkan kedudukan inai dalam perundangan moden, khususnıya berdasarkan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 773) yang menggariskan prinsip dan peraturan berkaitan dengan amalan perubatan tradisional di Malaysia. Dengan disiplin hadis, perubatan nabawi serta perspektif saintifik dan perundangan, buku ini membuka ruang kefahaman yang lebih luas berkenaan manfaat inai yang bukan sekadar sebagai pewarna hiasan, tetapi juga sebagai bahan rawatan sémula jadi yang diiktiraf.</jats:p>