Back to Search View Original Cite This Article

Abstract

<jats:p>Penulisan buku ini bertujuan untuk mengembangkan kefahaman yang lebih mendalam tentang krisis, khususnya dalam kalangan remaja. Berlandaskan rujukan daripada pelbagai sumber, krisis dalam kalangan remaja dikupas dari aspek jenis, punca dan kesan krisis kepada komponen pemikiran, emosi, tingkah laku dan psikomotor. Pembaca akan diperkenalkan dengan dua alat ukur yang berfungsi untuk mentaksir intensiti krisis serta simptom krisis. Alat ukur ini dilengkapkan dengan kaedah penskoran serta tahap intensiti krisis yang dapat mentaksir keterukan sesuatu krisis serta simptom yang ditunjukkan. Penaksiran yang jitu berupaya membantu guru bimbingan dan kaunseling di sekolah, kaunselor, ahli psikologi atau sesiapa sahaja yang mengendalikan kes kes krisis dalam usaha merangka intervensi yang bersesuaian dan berkesan. Buku ini juga membawa pembaca menelusuri konsep intervensi krisis dengan memberikan tumpuan kepada maksud intervensi krisis, prinsip dalam mengendalikan intervensi krisis serta fasa-fasa intervensi. Beberapa model intervensi krisis juga dibincangkan secara terperinci. Di samping itu, buku ini turut memperkenalkan model intervensi krisis RPSD yang telah dibangunkan oleh penyelidik di Pusat Pengajian llmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia berdasarkan kajian selama tiga tahun. Model intervensi krisis RPSD ini mewakili empat peringkat, iaitu pembinaan hubungan baik (rapport - R), penaksiran -P, sokongan - S dan daya tindak-D. Buku ini merupakan rujukan yang bernilai kepada pembaca yang ingin mengenali jenis-jenis krisis serta pilihan intervensi yang sesuai diaplikasikan oleh individu yang berkrisis, khususnya dalam kalangan remaja. Oleh yang demikian, manfaat daripada penulisan ini diharapkan mampu mengurangkan kes-kes krisis berikutan wujudnya peningkatan kefahaman berkenaan intervensi krisis dan kemampuan membuat pemilihan kaedah intervensi yang jelas dan tepat.</jats:p>

Show More

Keywords

krisis yang intervensi dalam serta

Related Articles

PORE

About

Connect